Mengenali Personaliti Mengikut Jenis Darah :)
salam :)
today na cite about blood grouping :D
if na tawuu , neh laa kos aku amek . check2x jenis darah & wat test utk tahuu pnyakit apee .
ape lagi , jom tengok :)
------------------------------------------------------
1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan
kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang
lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan
sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali
berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam
hidup.
Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas
melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.
Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu
menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan
mudah.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap
masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah,
memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada
pandangan orang lain.
Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja
dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi
yang membantu mereka menenangkan perasaan.
2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan
aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka
tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka
boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka
juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka
mahukan.
Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah
pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.
Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak
sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa
silam.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu
bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’
seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan
hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang
inovatif dan tidak takutkan kritikan.
3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik
daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan
kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap
talam dua muka.
Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang
membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.
Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah
semasa berbanding perkara lain.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa
sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh
menjadi ‘moody’ sekelip mata.
Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat
memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow
up’ sebelum projek kerja diselesaikan.
4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi
dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang
kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan
menang, seorang ahli sukan semulajadi.
Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan
bertenaga.
Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah
jika kerja dirasakan sia-sia.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam,
mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan
pandangan terbuka dengan jujur secara terus.
Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih
gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.
------------------------------------------------------
p/s : what's yours ? :D